𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐉𝐊 𝐊𝐎𝐑 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔
Port Dickson, 9 April 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja Siri 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Jentera 1, IJED, Kem Sirusa, Port Dickson.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato’ Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kor, SMR KJLJD serta pegawai-pegawai berkaitan.

Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bagi memastikan pelaksanaan dasar serta pentadbiran organisasi dapat dilaksanakan secara teratur, berkesan dan selaras dengan hala tuju strategik yang telah ditetapkan oleh kepimpinan tertinggi Kor. Mesyuarat ini juga membincangkan inisiatif strategik bagi menyelaraskan sumber manusia berdasarkan penstrukturan organisasi baharu Angkatan Masa Hadapan – Domain Daratan (AMH-D2) ke arah memperkukuh keupayaan Tentera Darat. Perbincangan tertumpu kepada aspek perjawatan, pengisian kekosongan, penyusunan semula organisasi serta pemantapan keupayaan sumber manusia agar selari dengan keperluan operasi semasa dan masa hadapan.

Mesyuarat ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuh koordinasi, memperhalusi perancangan serta meningkatkan kecekapan pengurusan demi memastikan kesiapsiagaan dan kecemerlangan berterusan KJLJD.


 
 
 
                                                                                                                                                                                                                                                                               

    



KLIK DI SINI  UNTUK BERITA SETERUNYA