MEJAR JENERAL DATO' Ts. MUHAMMAD SHAFIQ POH BIN ABDULLAH
PSAT DBNS PAT DPT KAT ANS ABS PJM PPS MSoc Sc Def Studies (UKM)
MSc Def and Sy Studies (Chennai, India) MSc Industry and Technology Mngt (UKM) mpat psc (India)
Mej Jen Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 17 Julai 1968. Beliau telah memulakan kerjaya ketenteraanya di dalam Angkatan Tentera Malaysia pada 19 Ogos 1986 dan telah ditauliahkan dalam Tugas Am di dalam Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja pada 30 Julai 1988. Kerjaya beliau diperkasakan dengan menghadiri kursus Logistic Officer Advance di Australia pada tahun 1998.
Di sepanjang perkhidmatannya, beliau telah diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan penting di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai staf dan pemerintah. Antara jawatan yang pernah beliau sandang adalah Pegawai Memerintah di 73 Woksyop Divisyen, Pegawai Staf 1 JLJ di Markas 1 Divisyen, Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Pegawai Memerintah di 21 Kumpulan Logistik Grup Gerakhas, Ketua Kumpulan JLJ di Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MPLTD) dan Asisten Ketua Staf Logistik Tentera Darat di Markas Tentera Darat. Mej Jen Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah seterusnya dilantik sebagai Panglima Logistik Tentera Darat pada 2 Mac 2024.
Mej Jen Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah telah menghadiri pelbagai kursus profesional dan ketenteraan di dalam dan luar negara. Antaranya adalah Defence Service Staff Collage di India, Global Peace Operation United Nation Logistic Officer Course di Monggolia serta Kursus Staf di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Kuala Lumpur. Beliau mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan Jentera di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 1992, Sarjana Sains (Pengurusan Industri dan Teknologi) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2003, Master in Defence & Strategic di India pada tahun 2006 dan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahan) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2017.
Mej Jen Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Norazizah binti Mahat dan dikurniakan empat orang anak iaitu seorang perempuan serta tiga orang lelaki.