Syarat-syarat Pentauliahan Pegawai Sukarela Askar Wataniah
Syarat-syarat pentauliahan Pegawai Sukarela AW adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Kemasukan melalui Tauliah PALAPES atau Kursus Bakal Pegawai Sukarela.
- Berumur 18-45 tahun.
- Darjah Kesihatan FE.
- Kelulusan akademik sekurang-kurangnya lulus di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau setaraf.
- Lulus Tapisan Keselamatan.
- Umur Persaraan
> Kol ke atas - 60 tahun.
> Lt Kol ke atas - 55 tahun.
> Mej ke bawah - 52 tahun.
- Tinggi minimum
> Lelaki - 1.62 m.
> Wanita - 1.57 m.
Laluan Bakal Pegawai
- Berpangkat sekurang-kurangnya Lans Koperal dalam angkatan sukarela. Syarat ini dikecualikan kepada pemohon yang akan ditauliahkan ke unit-unit pakar dan juga pemohon-pemohon yang mempunyai kelulusan ijazah.
- Perlu menghadiri Kursus Bakal Pegawai kecuali pemohon-pemohon yang akan ditauliahkan ke unit-unit pakar, bekas pegawai tetap dan bekas pegawai sukarela AW.
Syarat-syarat Dipertugaskan Sepenuh Masa Pegawai Sukarela Askar Wataniah
- Sekurang-kurangnya 1 tahun di dalam perkhidmatan sukarela.
- Umur tidak melebihi 27 tahun pada tarikh dipertugaskan sepenuh masa.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas.
- Keutamaan diberikan kepada pegawai yang telah aktif di pasukan dan telah menghadiri kursus kerjaya (Kursus Ketua Platun / Kursus Senjata Bantuan)
- Mempunyai kelayakan fizikal seperti berikut:
> Tinggi minimum 1.62 m (lelaki) dan 1.57 m (wanita).
> Berat badan minimum 47.5 kg (lelaki) dan 45.0 kg (wanita).
> Ukuran dada minimum bagi lelaki adalah 76 cm.
> BMI antara 18.0 hingga 23.0.
Syarat-syarat Kemasukan Anggota Sukarela Askar Wataniah
- Mestilah seorang warganegara Malaysia.
- berumur antara 18 hingga 45 tahun.
- Taraf Kesihatan. Calon-calon mestilah sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota untuk menjalankan tugas tentera mengikut jenis jawatan dan cawangan masing-masing. Taraf kesihatan minimum adalah seperti berikut:
> Darjah Kesihatan Tubuh (DKT) mestilah FE.
> FizikalLelaki
- Tinggi minimum 157 cm.
- Berat minimum 47.5 kg.
- Ukuran dada 76 cm.
> Fizikal Wanita
- Tinggi minimum 147 cm.
- Berat minimum 40.5 kg.
- Ukuran dada tidak diperlukan
- Kelulusan Akademik
> Memiliki Sijil PMR.
> Tamat tingkatan tiga di sesebuah sekolah yang dibantu penuh oleh kerajaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysiadengan memuaskan.
Syarat-syarat Dipertugaskan Sepenuh Masa Anggota Sukarela Askar Wataniah
Syarat-syarat untuk dikerah berkhidmat sepenuh masa bagi anggota-anggota sukarela AW adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan anggota tetap seperti berikut:
- Lulus ujian kesihatan dan mempunyai darjah kesihatan FE.
- Umur tidak melebihi 29 tahun pada tarikh dipertugaskan sepenuh masa.
- Sekurang-kurangnya lulus di peringkat SPM dan setaraf dengan lulus dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) dan subjek Sejarah.
- Telah menghadiri Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela dan berpangkat Prebet.
- Seorang anggota sukarela yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun dan telah diiktiraf sebagai Prebet.