Bendera Kor berbentuk empat segi tepat dengan latar belakang warna biru tua dijaluri oleh pepenjuru berwarna kuning dan merah. Di penjuru atas sebelah kanan yang hampir kepada tiang bendera ditekapkan dengan lambang kor di mana lakaran kuda hendaklah menghadap ke arah tiang bendera. Pengertian simbolik warna bendera kor adalah seperti beikut:
 
Warna Biru
Melambangkan kor yang berteraskan teknologi dan melaksanakan operasi JLJ yang menyeluruhmeliputi semua peralatan Tentera Darat di bawahtanggungjawab JLJ.
 
Warna Kuning
Melambangkan kemewahan kor dengan warganya yang berwibawa, inovatif dan cemerlang dalam mempelopori teknologi pertahanan serta jujurdalam melaksanakan tugas.
 
Warna Merah
Menunjukkan kor berteraskan taat setia, daya kekuatan yang utuh dan keberanian berjuang untuk agama dan bangsa.
 
Bendera kor ini dikibarkan di pasukan KJLJD pada siang hari mulai terbit matahari hingga matahari terbenam. Bendera tidak dikibarkan pada malam hari dan di pasukan tumpangan. Bendera kor juga turut dikibarkan semasa Hari Ulang Tahun Kor JLJ Diraja, majlis-majlis rasmi seperti MajlisMakan Malam Rejimental dan perbarisan yang dihadiri oleh Pegawai Kanan Kor.