
ππππππ πππππππ ππππππ ππππππππππππ ππππππππ πππππππ πππππ ππππ ππ/ππππ πππ πππππππππ πππππππ πππππππ πππππ π πππππ πππππ ππππ
Β
Port Dickson, 01 Apr 26 - Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato' Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Kejuruteraan Lanjutan Pegawai KJLJD Siri 48/2025 dan Pemakaian Pangkat Pegawai Waran Satu (PW I) bagi Tahun 2026 yang berlangsung penuh tradisi di Dewan Jentera IJED, Kem Si Rusa.
Β
Kursus Kejuruteraan Lanjutan Pegawai KJLJD Siri 48/2025 telah berlangsung selama 18 bulan dan disertai oleh seramai 22 orang pegawai yang terdiri daripada 17 pegawai Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD), 1 pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), 1 pegawai Rejimen Renjer Diraja (RRD), 1 pegawai Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) dan 2 pegawai Askar Wataniah (AW). Dalam kursus tersebut, LtM Nasuha binti Rosidi telah dinobatkan sebagai Penuntut Terbaik dan Lt Nizal Muhamad bin Kusnen pula telah dipilih sebagai πΆπππππππππ‘ πππππ Terbaik bagi kursus yang sama.
Β
Selain itu, acara penuh bermakna pada hari ini turut menyaksikan seramai 18 kali Pegawai Waran II telah dinaikkan pangkat kepada Pemangku Pegawai Waran I sebagai pengiktirafan atas dedikasi dan pencapaian cemerlang mereka. Dengan semangat dan dedikasi yang ditonjolkan, mereka bukan sahaja menjadi inspirasi malah menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Tentera Darat Malaysia.
Β
Pengerusi KJLJD, Mej Jen Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan Pengarah KJLJD, Brig Jen Dato' Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali, turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat serta berharap agar kenaikan pangkat ini menjadi motivasi kepada anggota untuk terus berkhidmat dengan komitmen yang tinggi demi kecemerlangan KJLJD & Tentera Darat Malaysia.
Β
Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β Β 
Β Β Β Β Β KLIK DISINI UNTUK BERITA SELANJUTNYA