ππππππ πππππππππππ πππ πππ πππππππ ππππππππ πππππππ ππππ ππππππππππΒ ππππ ππππ ππππ πππππ
ππππ ππ-πππππππ πππππ ππππππ ππππππππ πππππ ππππππ
Negeri Sembilan, 13 Jan 26: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan menerima persembahan kek dan cendera kenangan dari Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) sempena hari Keputeraan ke-78 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis Persembahan Kek dan Cendera Kenangan ini diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Majlis ini diadakan sebagai tanda menjunjung kasih, taat setia dan penghargaan daripada warga KJLJD kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku, di samping menzahirkan rasa syukur serta doa agar Tuanku sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan keampunan dalam pemerintahan.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi KJLJD, Mej Jen Datoβ Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan Pengarah KJLJD, Brig Jen Datoβ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali serta pegawai-pegawai kanan yang lain. Majlis ini berlangsung dalam suasana penuh hormat, tertib dan bermakna.